Wednesday 3 August 2016

rancangan malaysia ketiga

Rancangan Malaysia Ketiga       

Pada tahun 1976 Rancangan Malaysia 3 telah 
diperkenalkan. Rancagan ini merupakan peringkat kedua perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Maklamat untuk rancangan ini adalah untuk mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah dengan mewujudkan bandar-bandar baharu di sekitar Malaysia. Objektif rancangan ini memberikan penekanan yang banyak kepada isu alam sekitar dan keselamatan negara. Dengan melaksanakan rancangan ini kerajaan telah menumbuhkan 28 buah bandar baru di bawah rancangan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), DARA pada tahun 1980. Selain itu, tanaman getah dan kelapa sawit telah dipertingkatkan oleh kerajaan Malauysia dengan tujuan ekspot untuk menambahkan pendapatan negara. Justeru, badan-badan berkanun seperti MARA,FELDA,Lembaga Penasihat Tarif dan Perbadanan National Berhad (PERNAS),Urban Development Authority of Malaysia (UDA) dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan negara. RMK3 ini telah berjaya meningkatkan kadar perkembangan ekonomi negara kepada 8.6%setahun.  Kadar pengangguran juga telah jatuh kepada 5.3%. Kadar kemiskinan di negara telah menurun kepada 29.2% dengan kadar kemiskinan luar bandar jatuh kepada 38% berbanding 59% pada tahun 1970 sebelum ini.

Image result for kejora lembaga kemajuan johor tenggaraImage result for KETENGAH

No comments:

Post a Comment