Wednesday 3 August 2016

rancangan malaysia kedua



Rancangan Malaysia Kedua


Rancangan Malaysia yang kedua telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1971 sehingga tahun 1975. Faktor rancangan ini diperkenalkan adalah untuk mengatasi dan memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum ekoran kejadian peristiwa 13 Mei 1969.  Bagi mengatasi masalah ini,kerajaan juga telah menyediakan kuota bagi pengagihan biasiswa dan jawatan dalam perkhidmatan awam memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu dengan menutut kepada Perkara 153 yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Rancangan ini dibuat dengan perkenalkan DEB( Dasar Ekonomi Baru) dengan matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat Malaysia bagi mengelakkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi bagi mengelakkan peristiwa darah antara kaum berlaku lagi.RKM2 ini berfungsi untuk meningkatkan penglibatan kerajaan di dalam ekonomi dengan sasaran utama menambah pegangan ekonomi orang-orang Melayu. Satu lagi kejayaan rancangan ini ialah kerajaan telah menumbuhkan Petroleum National Berhad (PETRONAS) pada tahun 1974. Kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (Gross Domestic Product) telah meningkat sebanyak 7.4% setahun, iaitu lebih tinggi daripada jangkaan iaitu 6.8% setahun. Selain itu juga dapat pertumbuhan dalam beberapa sektor utama seperti pertanian sebanyak 25%, sektor pembuatan sebanyak 19.3%, sektor perdagangan sebanyak 14.4% dan sektor lain-lain sebanyak 10.15%.

Image result for petronas

No comments:

Post a Comment