Wednesday 3 August 2016

kesimpulan



Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kerajaan kita telah mengambil inisiatif yang 
bersungguh-sungguh untuk memajukan ekonomi negara kita. Kita boleh lihat kadar kemiskinan, pendapatan negara telah bertambah dari semasa dan semasa, ini membuktikan dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia adalah berkesan untuk memajukan ekonomi negara. Dasar-dasar ini digubal supaya setiap pihak mendapat layanan yang saksama, menitiberatkan nilai kemanusiaan, bertolak ansur sesama kaum. Jadi kita sebagai rakyat Malaysia mestilah bersyukur kerana lahir dalam negara yang harmoni ini, dan sebagai sebahagian dari Malaysia kita mestilah berkerjasama antara satu sama yang untuk memajukan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi.


Image result for malaysia flag

dasar wawasan negara

DWN – Dasar Wawasan Negara


Dasar Wawasan Negara diperkenalkan adalah untuk 
membangunkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat berasaskan 
pengetahuan. Di samping itu, dasar ini menjadikan sektor 

pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui 

penerapan pengetahuan yang lebih tinggi. Selain itu, dasar ini 
\meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor utama ekonomi 

serta membasmi kemiskinan dlam kalangan kelompok kecil miskin 

dikawasan terpencil seperti orang asli. Dimensi baharu dasar ini 

adalah seperti membangunkan Malaysia sebagai sebuah 

masyarakat berasaskan pengetahuan dan menjana pertumbuhan 

yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui 

pengukuhan.



dasar pembangunan nasional

DPN – Dasar Pembangunan Nasional

Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJPK2) telah digubal berasaskan DPN. Objektif  DPN ialah memupuk perpaduan negara serta memperkukuhkan kestabilan sosial, politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. Selain itu, DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi. Fokus utama dasar ini ialah pembasmi kemiskinan dan penyusun semula 
masyarakat dalam Malaysia. Dimensi dasar ini adalah untuk 

meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan

diri dalam proses penyusunan semula masyarakat. Di samping itu, dasar ini menumpukan perhatian yang banyak kepada 

pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian

Bumiputra (MPPB) sebagai satu strategi penting ke arah 

meningkatkan dan mengekalkan penyertaan golongan Bumiputra

 dalam kegiatan ekonomi di Malaysia.


dasar ekonomi baru

DEB- Dasar Ekonomi Baru


Dasar Ekonomi Baru bersifat serampang dua mata iaitu:

  •  Membasmi kemiskinan.
  •  Menyusun semula masyarakat.

Matlamat DEB ialah mencapai perpaduan nasional – ‘Pembangunan Dengan Pengagihan Saksama’ dan memodenkan kehidupan di luar bandar. Beberapa kerjayaan telah dicapai melalui DEB yang diperkenal oleh kerajaan Malaysia. Antara kerjayaan yang telah dicapai ialah hampir keseluruhan sistem sosial masyarakat majmuk di Malaysia telah digubah. Dasar ini juga telah  mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan dan mencapai perpaduan nasional. Peningkatan ekonomi negara berjaya dikekalkan pada kadar 4.6%Kadar kemiskinan menurun 25.3% kepada 17.1%; kadar kemiskinan luar bandar menurun 

29.1% kepada 21.8%. Hak milik modal saham Bumiputera

meningkat 17.9% kepada 20.3%.









rancangan malaysia kesepuluh

Rancangan Malaysia Kesepuluh

RMK 10 tidak lagi memfokuskan kepada kegiatan pertumbuhan ekonomi sebaliknya memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk kejayaan antarabangsa disamping mentransformasi negara berpendapatan tinggi yang berasaskan produktiviti dan inovasi. Oleh itu kepelbagaian etnik dapat dapat dimanfaatkan dengan  memberi peluang sama rata,perkongsian kepintaran turut juga menyemai perasaan menghargai khazanah negara. Dengan wujudnya persekitaran seumpama ini, ia dapat menjayakan pertumbuhan ekonomi secara tidak langsung malah menuju kearah pembangunan sosioekonomi secara inklusif dengan mengekalkan modal insan bertaraf dunia seterusnya mewujudkan persekitaran ke arah peningkatan kualiti hidup. Oleh yang demikian, kita dapat mentransformasi kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia.

Image result for etnik malaysia

rancangan malaysia kesembilan

Rancangan Malaysia Kesembilan


Tumpuan kepada permulaan fasa kedua Wawasan 2020 dengan memberi keutamaan kepada aspek-aspek pembangunan insaniah bagi membantu pembangunan fizikal.Ini kerana kerajaan ingin memastikan pengagihan ekonomi yang saksama agar usaha membasmi kemiskinan terutama dalam kalangan rakyat termiskin di luar bandar dapat dipertingkat. Melalui agihan yang saksama, ia juga membantu meningkatkan ekuiti bumiputera seterusnya pembangunan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera (MPPB). Malah kerajaan turut menggalakkan pernyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).Kerajaan juga telah merancakkan program penswastaan dalam Rancangan peringkat ini.

Image result for perusahaan kecil dan sederhana di malaysia

rancangan malaysia kelapan

Rancangan Malaysia Kelapan

Objektif RMK pada kali ini adalah memperkukuh kebolehan negara bagi menghadapi masa depan dan memberi penekanan kepada perpaduan melalui pembangunan sosioekonomi. Kerajaan mensasarkan peningkatan aktiviti R&D terutama pada teknologi maklumat dan komunikasi. Dasar penswastaan kian diperkukuh. Kerajaan turut menggalakkan FDI dalam sektor teknologi tinggi. Usaha pembangunan sosioekonomi dilihat Rakan Muda. Kerajaan juga telah menggalakkan pelaburan asing (FDI) terutamanya dalam sektor teknologi tinggi.

Image result for FDI

rancangan malaysia ketujuh



Rancangan Malaysia Ketujuh


Pertubuhan ekonomi seimbang masih lagi menjadi fokus. Namun, masyarakat luar Bandar tidak dipinggirkan. Mereka diberi keutamaan dan mendapat agihan pendapatan. Malah, kerajaan turut melihat kepada peningkatan guna tenaga, pendidikan dan latihan yang berterusan. Pembangunan seperti perumahan, kesihatan, khidmat sosial dan infrastruktur ditekankan dan penswastaan dipergiat. Kerajaan melaksanakan beberapa projek mega untuk menjana pendapatan seperti KLIA, MEASAT dan perkukuhan hunbungan diplomatik dengan negara jiran iaitu program hubungan Kedua Malaysia-Singapura. Dibawah pembangunan kemasyarakatan, kerajaan telah menyediakan kemudahan bagi golongan miskin dan menjalan projek petempatan semula setinggan, PPRT dan banyak lagi. Bagi memenuhi hasrat untuk petingkatkan pendidikan, kerajaan telah menambah peluang pendidikan dengan membina university/ IPT yang baru. Dengan rancangan ini Keluaran Dalam Negara Kasar (KDKK) telah meningkat sebanyak 4.7%setahun, melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu 3.0%. Kadar penggangguran pula telahkekal pada paras yang rendah iaitu 3.0%, manakala Indek Harga Pengguna turun kepada 1.6% pada tahun 2000.

Image result for measat